Pengajian matrikulasi kpm, fast track ke 1st degree



Para pelajar lepasan SPM semasa berpeluang untuk melanjutkan pengajian secara ”fast track” di kolej matrikulasi dan menyambung pengajian di lebih 700 bidang pengajian ijazah pertama di 18 IPTA tempatan, IPTS dan luar negara. Walau bagaimanapun, masih terdapat sekolah yang tidak mendapat maklumat berkaitan syarat dan pemilihan subjek yang sesuai semasa menduduki SPM.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
1. Jurusan Sains (M001)
2. Jurusan Perakaunan (M003)
3. Aliran Teknikal (M007)
KELAYAKAN MEMOHON
1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
o Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
o Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
o Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
• 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
• 4B Matematik
• 6C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

2. Jurusan Perakaunan (M003)
• 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
• 7D Matematik Tambahan
• 6C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
3. Aliran Teknikal (M007)
• 6C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan Lukisan Kejuruteraan
• 4B Matematik
• 6C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau 4B Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.
PERMOHONAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :
1. Permohonan Secara Manual (PSM)
2. Permohonan Melalui Internet (PMI)
Tarikh permohonan 1 Julai hingga 10 Oktober setiap tahun untuk SPM semasa.
SEMAKAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
MATA PELAJARAN
Semua pelajar matrikulasi diwajibkan mengikuti semua mata pelajaran teras, wajib dan kokurikulum yang disediakan. Walaupun begitu hanya mata pelajaran teras diambil untuk pengiraan Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Mata Pelajaran Teras
1. Jurusan Sains
o Sains Hayat – Biologi, Kimia dan Matematik
o Sains Fizikal – Fizik, Kimia dan Matematik
2. Jurusan Perakaunan
Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan
3. Aliran Teknikal
Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.
Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran)
• Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.
Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran)
• Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.
PERTANYAAN
atau sila rujuk portal http://www.moe.gov.my/bmkpm/

  • Share/Bookmark

January 3, 2010  Tags: ,   Posted in: Pendidikan



Leave a Reply


Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes